Monday, June 6, 2011

Masih Ada.

Kita selalu anggap diri kita keseorangan dalam dunia. Rasa tersisih, dipinggirkan, tetapi adakah kita pernah lihat kembali diri kita dan berfikir mengapa kita mempunyai perasaan sedemikian? Apakah faktor penyebab semua itu berlaku? Tentunya sedikit sebanyak ada kaitan dengan diri kita sendiri bukan? Ah, jadi manusia bukan selamanya boleh menongkat langit. Ego itu bukan boleh memberikan kita kepuasan jika natijahnya sesuatu yang memakan diri kita semula. Sampai bila mahu berbangga dengan pinjaman dunia bukan?

Satu demi satu luahan, kejian ataupun entah apa-apa lagi yang kita boleh lihat dalam meladeni hidup sebagai seorang manusia. Rungutan demi rungutan kita terima setiap hari membuatkan kita sungguh mengiyakan bahawa manusia tidak akan pernah puas.

Kita seharusnya percaya, manusia tidak layak merungut apabila mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kan lebih enak kalau berikan yang terbaik dan berusaha demi kebaikan diri?
Salahkah?

Kalau kau pernah disakiti dan dilukai, tetapi masih mampu memaafkan dan menyayangi manusia itu seperti dahulunya walaupun tanpa ada apa-apa ikatan, itu sesungguhnya cinta yang sejati. (Shafaza Zara, 2011)


AlanZint: Bila kau bercadang mahu berputus asa dalam hidup, pastikan kau sedar dan fikirkan berapa lama kau sudah menunggu dan berapa lama kau sebenarnya telah berharap serta betapa sesuatu itu amat bermakna dalam hidup kau.

No comments:

Post a Comment