Senyum.
Pernahkah kau senyum ikhlas pada diri kau sendiri?
Itu yang aku buat setiap hari demi memastikan hidup aku bukan untuk menangisi dan ditangisi. Aku sedang menikmati keindahan yang tak pernah aku dapat. Walaupun ia palsu, aku mahu biarkannya mengalir. Walaupun ia seketika, aku sanggup menaruh jiwa. Walaupun aku nampak realiti itu, aku tak peduli. Aku sedang menumpang dan ditumpang barangkali.
Bukan hasrat aku menggangu.
Aku hanya ingin menunggu.
Aku akan terpacak disini.
Untuk setia menunggu.
Apa yang perlu aku buat adalah tunggu.
Aku seorang Penunggu Setia.
AlanZint: Aku hanya mampu lemparkan senyuman manis agar kepahitan itu mampu terbang pergi.
No comments:
Post a Comment