Malam yang dingin dan nyaman.
Dikelilingi hijau daun.
Ditemani unggun api menghangatkan badan.
Sehingga membawa ke pagi tanpa melelapkan mata.
Lebih manis bila berada di Hillcrest, tertarik memandang.
Aku tak tipu.
Aku rindu suasana ini.
Aku betul-betul perlukannya.
Aku mahu bebas dari segala kekusutan yang makin lama makin membimbangkan.
Semakin hari semakin penat untuk menahan.
Pandangan aku semakin samar.
Samar untuk memandang dia.
Suasana ini dapat membantu aku.
Tolong jangan siapa halang.
AlanZint: Tidak semua orang menikmati keindahan yang sama.
No comments:
Post a Comment