Wednesday, June 29, 2011

27 Rejab.

Selangkah aku keluar dari rumah.
Mendongak ke langit.
Langit pagi tadi seketika malap.
Berwarnakan biru pekat-pekat.
Angin kuat sekejap-sekejap datang.
Seakan hujan mahu singgah.
Berfikir mahu keluar atau tidak.
Ah, keluar juga.

Ternyata meleset.
Langit bertukar biru cair-cair.
Penuh silau pandangan.
Barangkali sesuatu akan berlaku.
Tidak, sesuatu telah pun berlaku.

Hari ini hari indah.
Hari ini hari cerah.
Tapi, aku tahu.
Kegelapan masih ada dalam diri.

Aku rasa sangat berdosa hari ini.


AlanZint: Al-Qur'an dengan struktur puitisnya, yang berdasarkan irama yang tegas dan pola nada yang sangat halus.

No comments:

Post a Comment