Wednesday, July 20, 2011

Cinta atau Suka-Suka?


Setiap manusia melalui satu fasa, satu detik dalam hidup mereka - rasa ingin mencintai dan dicintai.
Menyayangi dan disayangi.
Diperlukan dan memerlukan.

Dan manusia itu, kadangkala perlu mencari walaupun mungkin ia akan datang sendiri.
Hidup ini kan aneh barangkali.

Masa kita mencari dengan penuh gigih, tiada apa yang terbentang ataupun terhidang dalam hidup. Bila kita berhenti mencari dan mula rasa mahu berputus asa, satu demi satu menjelma di hadapan mata dan kita mungkin keliru, yang mana satu perlu diraih dan ditolak walaupun dirayu tanpa jemu.

Dan, dalam perjalanan mencari bahagia - membuat keputusan dalam hidup, ada satu saat, kita akan tersentak dan tertanya-tanya. Apakah ini benar jalan menuju gembira? Apakah benar ini cinta atau sekadar suka-suka?

Dan, untuk menjawab pertanyaan itu tadi, kita perlu tanya diri sendiri.
Tanya kematangan diri dan jangan lupa, mohonlah pada Yang Maha Esa itu sendiri.


"Cinta wujud dalam keadaan cukup berputar belit, penuh muslihat. Kadangkala kita rasa kita dilamun cinta, sedangkan hakikat sebenar kita hanya kawan. Tetapi, kadangkala bila kita berpegang teguh dengan istilah kawan dan persahabatan, tanpa kita sedar, kita sudah jatuh cinta" - LZ


AlanZint: Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.

1 comment:

  1. sangat jatuh hati dengan statement di atas :)
    apa yang saya rasa sama macam kat atas tu. Keliru.
    Tp hopefully one day i will find someone,mcm awk jumpa awk punya teman juga :) hee
    thanks alan! :D

    ReplyDelete