Saturday, October 29, 2011

Sedia.

Bila menulis sendirian, ada sahaja benda yang mahu dijeritkan.
Perlahan.
Dalam diam sebenarnya.
Membunuh segala saraf demi meluahkan bukanlah mudah.


Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?

Dalam perhubungan sebenarnya, ibarat kerja sepenuh masa.
Jangan pernah terlibat kalau tidak bersedia untuk menanggung segala risikonya.
Aku sedia.


AlanZint: Rajinnya aku menulis hari ni! Pelbagai perasaan yang berbaur hari ni.

No comments:

Post a Comment