
Janji.
Apa yang selalu ada difikiran kau orang kau orang? Definisi janji bermaksud suatu pengisytiharan yang menjamin bahawa seseorang akan atau tidak akan melakukan sesuatu. Kalau sesiapa yang belajar agama tu tahulah lebih mendalam pasal definisi janji tu, malas cerita, dah besar kan?
Aku pernah banyak berjanji. Lebih jelas lagi dalam cinta. Aku banyak berjanji. Itu ini aku janji. Sana sini aku janji. Yang sebelum yang selepas aku janji. Indah janji aku bukan kepalang. Tak fikir langsung janji yang aku luah. Apa yang dia harapkan aku janji. Keinginan dia aku janji. Sekarang dah jadi bekas.
Aku silap aku dosa. Dulu barangkali aku tak kenal janji. Sekarang aku mula belajar apa janji itu sebenarnya. Lepas ni aku tak nak berjanji untuk sesuatu yang aku tak pasti.
"Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji, mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah orang yang bertakwa."
Jangan paksa untuk aku berjanji. Aku langsung tidak yakin untuk berjanji. Aku lebih tenang untuk lafaz InsyaAllah. Itu lebih melegakan dan meyakinkan. Bukan janji tidak meyakinkan tapi kita tidak tahu apa yang datang di hadapan. InsyaAllah aku akan menjaga apa yang aku ada sekarang. Menjaga segala daya yang aku ada. InsyaAllah.
"Barangsiapa yang memungkiri janji, sesungguhnya mereka tergolong dalam golongan orang orang yang munafik."
AlanZint: Janji Allah itu pasti.
setuju,cuba untuk mengurangkan janji,dan cuba untuk mengotakan janji.terutamanya pada Dia :)
ReplyDelete-peminat status-